Saturday 31 December 2011

Program Sambutan Harijadi 2011

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia, rasanya sudah lama saya tak mengemaskini blog ini kerana terdapat banyak kekangan. Akhirnya saya berjaya melaksanakan program sambutan harijadi untuk kelas Sri Permata pada sesi 2011. Walaupun terasa perih, perit,pedih dan tak lupa juga letih saya berjaya melaksanakan persiapan dan persediaan program tanpa PPM disisi. Cehhh sebenarnya PPM dah pindah tapi masih takde pengganti lagi... Walau bagaimanapun setelah melihat kegembiraan dimuka pelajar-pelajar pra segalanya menjadi mudah dan menyeronokkan. Program Harijadi ini dimulakan dengan menyanyikan lagu selamat harijadi bersama-sama seterusnya acara diteruskan lagi dengan pertandingan meniup belon sehingga pecah. Aktiviti ini sungguh menyeronokkan dan menceriakan lagi suasana majlis pada hari tersebut. Setelah puas meniup belon, pelajar pra menjamu selera dengan jamuaan yang telah disediakan. Seterusnya acara penyampaian hadiah harijadi kepada pelajar pra yang telah disediakan oleh pihak Prasekolah Sri Permata
Ok la jom mari kita layan situasi dan ragam ketika program ini dijalankan...