Assalammualaikum dan salam satu Malaysia, rasanya sudah lama saya tak mengemaskini blog ini kerana terdapat banyak kekangan. Akhirnya saya berjaya melaksanakan program sambutan harijadi untuk kelas Sri Permata pada sesi 2011. Walaupun terasa perih, perit,pedih dan tak lupa juga letih saya berjaya melaksanakan persiapan dan persediaan program tanpa PPM disisi. Cehhh sebenarnya PPM dah pindah tapi masih takde pengganti lagi... Walau bagaimanapun setelah melihat kegembiraan dimuka pelajar-pelajar pra segalanya menjadi mudah dan menyeronokkan. Program Harijadi ini dimulakan dengan menyanyikan lagu selamat harijadi bersama-sama seterusnya acara diteruskan lagi dengan pertandingan meniup belon sehingga pecah. Aktiviti ini sungguh menyeronokkan dan menceriakan lagi suasana majlis pada hari tersebut. Setelah puas meniup belon, pelajar pra menjamu selera dengan jamuaan yang telah disediakan. Seterusnya acara penyampaian hadiah harijadi kepada pelajar pra yang telah disediakan oleh pihak Prasekolah Sri Permata
Ok la jom mari kita layan situasi dan ragam ketika program ini dijalankan...
Sek. Keb. Palong 8 (F) 73470 Gemas, Negeri Sembilan Tel: 06-464 5503 Faks: 06-464 5503
Saturday, 31 December 2011
Thursday, 29 December 2011
Thursday, 14 July 2011
Monday, 27 June 2011
Senarai nama murid 2011
1 | Amirrul Haziq B Khairil Anuar |
2 | Amirul Azhim B Kamal |
3 | Aqmar Nurhaziq B Tazul.Azahar |
4 | Auni Nurjeha Bt Rahimi Sundi |
5 | Muhamad Farhim Fahmi B Mohd Asrul Sani |
6 | Muhammad Afif B Norazman |
7 | Muhammad Akmal Hakim B Shabudin |
8 | Muhammad Azman Shah B Mohd Razmin |
9 | Muhammad Danial Fatoni B Maimin |
10 | Muhammad Fathihah B Mustafa |
11 | Muhammad Sayfullah B Mohd Yunan |
12 | Muhammad Sufi Solehim B Salim |
13 | Muhammd Khairul Nizam B Rahim |
14 | Nur Afrina Bt Shamsu Ngarifin |
15 | Nor Aini Najwa Bt Ramli |
16 | Nur Ariesya Sofea Bt Abu Bakar |
17 | Nur Dania Dalina Bt Muhammad |
18 | Nursuhaila Izzati Bt Abdullah |
19 | Muhammad Zulhisham B Khairul Azuan |
20 | Nurul Najwa Bt Abd Razak |
21 | Pavitrasini A/P Ganeson |
22 | Ruveena A/P Murugan |
23 | Siti Fatinah Bt Rozamani |
24 | Siti Nur Nabiela Bte Othman |
25 | Umie Umaira Bt Suhaimi |
Jumlah Pelajar Prasekolah
TAHUN | LELAKI | PEREMPUAN | JUMLAH |
2005 | 15 | 10 | 25 |
2006 | 16 | 9 | 25 |
2007 | 15 | 10 | 25 |
2008 | 13 | 12 | 25 |
2009 | 7 | 17 | 25 |
2010 | 10 | 15 | 25 |
2011 | 13 | 12 | 25 |
Latar Belakang Prasekolah
• Mula beroperasi pada tahun 2005
• Seramai 25 orang murid di antara lingkungan 5-6 tahun
• Guru pertama Pn Norein (2005-2006)
• Guru Pra Sri Permata yang kedua ialah Pn Suzaliana bt Hamzah (2007-2008)
• Guru Pra Sri Permata yang ketiga ialah En Mohd Suhaimi bin Ta’at (Jan 2009- kini)
• Pembantu pengurusan murid Pn Ruzaimah Binti Ibrahim. (2005- 26.03.2011)
Belajar atau bermain?
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak.
Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak.
Pendidikan Awal Kanak-kanak
Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.
Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran
Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran
Subscribe to:
Posts (Atom)